Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5,000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang wujud pada sekitar 1500 SM, mengikut pentarikhan karbon. Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau empayar. Dinasti-dinasti berturut-turut dalam sejarah China telah mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi untuk membolehkan maharaja China menguasai wilayah yang besar.
Asas-asas tamadun Cina terdiri daripada pengenaan sistem tulisan yang sama oleh maharaja Dinasti Qin pada abad ke-3 SM serta perkembangan ideologi negara berdasarkan Konfusianisme pada abad ke-2 SM. China mengalami zaman-zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan, dengan kekadangnya penaklukan oleh orang-orang asing. Sebilangan penakluk diasimilasi ke dalam kaum Cina. Pengaruh-pengaruh kebudayaan dan politik dari banyak bahagian di Asia membawa gelombang-gelombang penghijrahan, peluasan, dan asimilasi yang berturut-turut untuk mencipta sebuah kebudayaan Cina.
Daripada pemburu-pengumpul kepada petani
Apa yang kini merupakan China dihuni oleh Homo erectus melebihi sejuta tahun dahulu. Kajian yang baru-baru ini menunjukkan bahawa alat-alat batu yang ditemui di tapak Xiaochangliang telah wujud sejak 1.36 juta tahun lagi, menurut pentarikhan magnetostratigraf. Tapak arkeologi di Xihoudu, Provinsi Shanxi merupakan rekod terawal tentang penggunaan api oleh Homo erectus dan ditetapkan tarikhnya sebagai 1.27 juta tahun dahulu. [1] Ekskavasi-ekskavasi di Yuanmou dan kemudiannya di Lantian menunjukkan penghunian awal. Spesimen Homo erectus yang termasyhur yang ditemui di China pada tahun 1923 ialah apa yang telah digelar Lelaki Peking. Dua buah bekas tembikar yang digali di Gua Liyuzui yang terletak di Liuzhou, Provinsi Guangxi masing-masing wujud sejak 16,500 SM dan 19,000 SM. [2] Bukti terawal untuk penanaman sekoi menetapkan tarikhnya pada sekitar 7000 SM. Alat-alat muzik yang boleh dimain, peringkat terawal sistem tulisan bahasa Cina (masih diperdebatkan) dan pengeluaran wain terawal di dunia telah ditemui di tapak Jiahu. Jiahu merupakan peringkat terawal kebudayaan Peiligang di kaunti Xinzheng, Henan, dan hanya 5% telah diekskavasi sehingga tahun 2006. Dengan pertanian datangnya banyak penduduk, dengan keupayaan menyimpan dan mengagih-agihkan tanaman mendukung para tukang dan pentadbir. Pada lewat zaman Neolitik, lembah Sungai Kuning mula memperkukuh kedudukannnya sebagai suatu pusat kebudayaan, dengan desa-desa pertama ditubuhkan. Desa-desa yang paling penting dari segi arkeologi ialah desa-desa yang ditemui di Banpo, Xi'an.
Prasejarah
Sejarah awal China dirumitkan oleh ketiadaan bahasa tuliasan pada zaman ini, serta dokumen-dokumen dari zaman-zaman kemudian yang cuba memerihalkan peristiwa-peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu. Dari sesetengah segi, masalah ini terdiri daripada penyelidikan-penyelidikan fikiran dan perasaan diri sendiri oleh orang-orang Cina yang mengaburkan perbezaan antara fakta dan fiksyen tentang sejarah awal mereka. Menjelang tahun 7000 SM, orang-orang Cina telah menanam sekoi yang menimbulkan kebudayaan Jiahu. Kebudayaan Yangshao kemudian digantikan dengan kebudayaan Longshan pada sekitar 2500 SM. Tapak-tapak arkeologi seperti di Sanxingdui dan Erlitou membuktikan sebuah tamadun Zaman Gangsa di China. Pisau gangsa terawal yang wujud sejak 3000 SM ditemui di Majiayao yang terletak di provinsi Gansu dan Qinhai.Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja
Sima Qian mengatakan bahawa sistem kerajaan pewarisan telah diasaskan semasa Dinasti Xia, dan model ini kemudian dikekalkan oleh Dinasti Shang dan Dinasti Zhou. Adalah semasa zaman Tiga Dinasti (pinyin: sāndài) ini ketika China sejarah termuncul.
Sejarah kuno
Dinasti Xia
Penduduk-penduduk Shang dan Zhou telah wujud sejak permulaan Dinasti Xia dan merupakan negeri-negeri lindungan Xia. Tempoh Dinasti Xia yang tepat masih susah untuk ditetapkan, tetapi kini terhad kepada dua pilihan, iaitu 431 tahun atau 471 tahun.
Kebanyakan ahli arkeologi kini mengaitkan Dinasti Xia dengan ekskavasi-ekskavasi di Erlitou yang terletak di provinsi Henan tengah, [3] dengan sebuah relau lebur gangsa dari sekitar tahun 2000 SM ditemui di sana. Tanda-tanda awal yang ditemui pada tembikar dan cangkerang dari zaman ini telah dikatakan merupakan leluhur askara-askara Cina moden. [4]. Dengan tidak adanya banyak rekod tertulis yang sepadan dengan tulang-tulang orakelS Shang atau tulisan-tulisan bekas gangsa Zhou, zaman Xia masih tidak dapat difahami dengan memuaskan.
- Lihat juga: Projek Kronologi Xia Shang Zhou
Dinasti Shang
Catatan Ahli Sejarah Agung menyatakan bahawa Dinasti Shang memindahkan ibu kotanya sebanyak enam kali. Pemindahan terakhir dan terpenting ke Yin pada 1350 SM menghasilkan zaman kegemilangan dinasti ini. Istilah 'Dinasti Yin' merupakan sinonim untuk dinasti Shang dalam sejarah, walaupun pada akhir-akhir ini, ia telah digunakan khusus untuk merujuk kepada separuh kedua Dinasti Shang.
Ahli-ahli sejarah Cina yang hidup pada zaman-zaman kemudian telah membiasakan diri dengan tanggapan satu dinasti mewarisi satu dinasti, tetapi keadaan politik sebenar pada zaman China yang awal diketahui adalah jauh lebih rumit. Oleh it, sebagaimana yang dicadangkan oleh sesetengah cendekiawan China, Dinasti Xia dan Dinasti Shang mungkin merujuk kepada entiti-entiti politik yang wujud sezaman, seperti dengan Dinasti Zhou awal (negara pewaris Shang) yang diketahui wujud pada zaman yang sama dengan Dinasti Shang.
Rekod-rekod tertulis yang ditemui di Anyang mengesahkan kewujudan dinasti Shang. Bagaimanapun, cendekiawan-cendekiawan Barat seringnya meragui tentang perkaitan antara petempatan-petempatan sezaman petempatan Anyang dengan dinasti Shang. Umpamanya, dapatan-dapatan arkeologi di Sanxingdui membayangkan peradaban berteknologi maju yang tidak sama dengan Anyang dari segi kebudayaan. Bukti-bukti yang ada tidak dapat membuktikan dengan muktamad tentang betapa jauh alam Shang terbentang dari Anyang. Hipotesis terutama adalah bahawa Anyang, yang diperintah oleh dinasti Shang yang sama dalam sejarah rasmi, wujud bersama-sama dan berdagang dengan banyak petempatan yang mempunyai berbagai-bagai kebudayaan di kawasan yang kini dirujuk sebagai China wajar.
Dinasti Zhou
Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
Zaman Negeri-negeri Berperang
Dinasti Qin: Permulaan Empayar China
Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Sumbangan-sumbangan utama Qin yang lain termasuk penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China selepas penderitaan Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh serta Zaman Negeri-negeri Berperang. Perkara-perkara yang paling asas seperti panjangnya gandar kereta kuda juga diseragamkan untuk memastikan sebuah sistem perdagangan yang berdaya di seluruh empayar. [5]
Dinasti Han: Zaman kemakmuran
Bagaimanapun, pemerolehan tanah-tanah oleh keluarga-keluarga elit beransur-ansur menyusutkan sumber cukai. Pada tahun 9 Masihi, perampas Wang Mang mengasaskan Dinasti Xin yang tidak dapat kekal lama dan memulakan rancangan-rancangan reformasi tanah yang meluas serta pembaharuan-pembaharuan eknonomi yang lain. Bagaimanapun, rancangan-rancangannya tidak pernah disokong oleh keluarga-keluarga pemilik tanah kerana perubahan-perubahan tersebut memihak kepada golongan petani dan ningrat yang bertaraf rendah. Ketakstabilan yang diakibatkannya akhirnya mencetuskan keadaan kelam-kabut dan pemberontakan.
Maharaja Guangwu kemudian memulihkan Dinasti Han di Luoyang yang terletak di timur Xi'an, dengan bantuan keluarga-keluarga pemilik tanah dan pedagang. Zaman baru itu diistilahkan sebagai Dinasti Han Timur. Bagaimanapun, kuasa Han merosot di tengah-tengah pemerolehan tanah, serangan, dan pertikaian antara puak-puak gundik dengan para sida-sida. Pemberontakan Serban Kuning tercetus pada tahun 184 dan memulakan zaman hulubalang. Dalam kerusuhan yang menyusul, tiga buah negeri cuba mencapai kekuasaan dalam apa yang dipanggil zaman Tiga Kemaharajaan. Zaman itu telah diolah secara romantik dalam karya-karya Cina seperti Kisah Tiga Kemaharajaan.
Zaman Jin
Enam belas Kemaharajaan merupakan sekumpulan dinasti bukan Cina yang tidak dapat kekal lama yang mula memerintah seluruh atau sebahagian China utara sejak tahun 303. Banyak kelompok etnik terlibat, termasuk leluhur-leluhur Turki, Mongol, dan Tibet. Kebanyakan kaum-kaum nomad yang kecil itu telah dipercinakan pada setakatnya jauh lebih lama sebelum kebangkitan mereka untuk berkuasa. Sebenarnya, sebilangan mereka, khususnya puak Ch'iang dan puak Xiong-nu, telah dibenarkan menghuni di kawasan-kawasan sempadan di dalam kawasan Tembok Besar sejak zaman Akhir Dinasti Han lagi.
Dinasti-dinasti Selatan dan Utara
Dinasti Sui: Penyatuan semula
Dinasti Tang: Pemulihan kemakmuran
Chang'an (Xi'an masa kini), ibu negaranya, dipercayai merupakan ibu kota yang terbesar di dunia ketika itu. Dinasti Tang dan Dinasti Han sering dirujuk sebagai zaman yang paling makmur dalam sejarah Cina. Seperti dengan Dinasti Han, Dinasti Tang mengekalkan laluan-laluan perdagangan ke barat dan selatan yang menyebabkan perdagangan yang meluas dengan negara-negara asing yang jauh, dengan banyak pedagang asing menetap di China.
Sejak dari sekitar tahun 860, Dinasti Tang mula merosot, akibat satu siri pemberontakan di dalam China sendiri, serta di Kemaharajaan Nanzhao yang dahulu ditaklukkan di selatan. Huang Chao, salah seorang hulubalang, menawan Guangzhou pada tahun 879 dan membunuh kebanyakan daripada 200,000 penghuninya serta sebahagian besar koloni keluarga pedagang asing yang besar di sana. Pada lewat tahun 880, Luoyang menyerah kalah dan pada 5 Januari 881, Huang Chao menaklukkan Changan. Maharaja Xizong melarikan diri ke Chengdu, dan Huang mengasaskan sebuah rejim baru yang tidak lama kemudian dimusnahkan oleh tentera Tang. Bagaimanapun, lagi sebuah tempoh huru-hara politik menyusul.
Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaann
Pembahagian politik: Liao, Song, Xia Barat, Jin, Mongol
Mongol dan Dinasti Yuan
Kublai Khan, cucu Genghis Khan, hendak mengamalkan adat resam bangsa Han dan mengasaskan Dinasti Yuan. Dinastinya merupakan dinasti pertama yang memerintah seluruh China dari Beijing sebagai ibu kotanya. Sebelum itu, Beijing ialah ibu kota Dinasti Jin yang tidak memerintah seluruh China. Beijing telah diserahkan kepada Dinasti Liao pada tahun 938, bersama-sama 16 buah prefektur Yan Yun.
Dinasti Ming: Kebangkitan semula pemerintahan bangsa Han
Terdapat sentimen yang bergelora di kalangan penduduk-penduduk terhadap pemerintahan "orang asing" (dikenali sebagai Dázi) yang akhirnya mencetuskan pemberontakan-pemberontakan petani. Orang-orang Mongol diundurkan ke steppe dan digantikan dengan Dinasti Ming pada tahun 1368.Semasa pemerintahan Mongol, jumlah penduduk telah menyusut sebanyak 40 peratus sehingga lebih kurang 60 juta orang. Dua abad kemudian, jumlah ini bertambah sekali ganda. Pembandaran meningkat apabila jumlah penduduk bertambah dan ketika pembahagian kerja menjadi lebih rumit. Pusat-pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing juga menyumbangkan kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri-industri skala kecil muncul dan seringnya mengkhususkan dalam pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas, dan porselin. Banyak pusat bandar yang agak kecil dengan pasar-pasar sendiri muncul di seluruh negara. Pasar-pasar bandar khususnya menjual makanan dan sebilangan barang kegunaan rumah seperti jarum peniti serta minyak masak.
Walaupun terdapat xenofobia (gerun orang asing) dan kaji diri intelektual yang mencirikan aliran fikiran neo-Konfusianisme baru yang semakin popular, China di bawah Dinasti Ming awal tidak terpencil. Perdagangan luar negeri dan hubungan-hubungan dengan bahagian-bahagian lain di dunia, khususnya dengan Jepun, bertambah dengan ketara. Pedagang-pedagang Cina menjelajah kesemua Lautan Hindi, dan tiba di Afrika Timur dengan pelayaran-pelayaran Zheng He (nama asalnya Ma Sanbao).
Zhu Yuanzhang atau (Hong-wu), pengasas Dinasti Ming, menyediakan asas untuk sebuah negara yang kurang minat akan perdagangan tetapi lebih berminat untuk memungut hasil daripada sektor pertanian. Mungkin kerana latar belakang maharaja ini yang merupakan seorang petani, sistem ekonomi Dinasti Ming menekankan pertanian, bertentangan dengan Dinasti Song dan Dinasti Mongol yang bergantung kepada pedagang-pedagang untuk hasilnya. Pemilikan tanah neo-feudal pada zaman dinasti-dinasti Song dan Mongol diekspropriasi oleh raja-raja Ming. Ladang-ladang besar dirampas oleh kerajaan dan dibahagikan untuk disewa. Pengabdian peribadi diharamkan. Oleh itu, selepas kemangkatan Maharaja Yong-le, terdapat lebih banyak petani yang memiliki tanah sendiri dalam pertanian Cina. Undang-undang tersebut mungkin membuka jalan untuk menghapuskan kemiskinan yang paling teruk semasa rejim-rejim terdahulu. Undang-undang yang menyekat pedagang-pedagang dan tukang-tukang dipeliharakan seperti di bawah Dinasti Song, tetapi saki baki kelas pedagang asing kini dibawa ke bawah undang-undang Ming yang baru. Dengan itu, pengaruh mereka merosot dengan pantas.
Dinasti Ming mempunyai sebuah kerajaan pusat yang kukuh serta rumit yang menyatukan dan menguasai seluruh empayar. Peranan maharaja menjadi lebih autokratik, walaupun Zhu Yuanzhang masih meneruskan penggunaan apa yang digelar "Setiausaha-setiausaha Agung" untuk membantunya dalam kerja-kerja kertas birokrasi, seperti rayuan dan cadangan kepada maharaja, edik empayar sebagai balasan, berbagai-bagai laporan, serta rekod-rekod cukai. Adalah birokrasi yang sama ini yang kemudian menghalang kerajaan Ming daripada keupayaan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan-perubahan dalam masyarakat, dan akhirnya mengakibatkan kejatuhan Dinasti Ming.
Maharaja Yong-le cukup aktif dalam percubaannya untuk memperluas pengaruh China di luar sempadannya dengan menuntut ufti daripada raja-raja yang lain. Sebuah angkatan tentera yang besar ditubuhkan, dengan kapal-kapal empat tiang yang beratnya 1,500 tan dibina. Sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada sejuta orang askar tetap (sebilangan anggaran menetapkan bilangan ini sebagai 1.9 juta orang) ditubuh. Angkatan-angkatan tentera darat China menaklukkan Annam, manakala armada Cina belayar di laut-laut China serta Lautan Hindi sehingga pantai timur Afrika dan memperoleh pengaruh terhadap Turkestan. Banyak negara lautan Asia menghantar ufti kepada maharaja Cina. Di dalam negeri, Terusan Agung diperbesar dan terbukti menjadi perangsang untuk perdagangan dalam negeri. Melebihi 100,000 tan besi dikeluarkan setiap tahun. Banyak buku dicetak dengan menggunakan movable type. Istana empayar di Kota Larangan Beijing mencapai keindahan kini. Zaman Dinasti Ming kelihatan merupakan zaman China yang paling makmur. Adalah semasa abad-abad ini bahawa potensi China selatan dieksploitasi sepenuhnya. Tanaman-tanaman baru ditanam secara meluas, dan industri-industri seperti pengeluaran porselin dan tekstil berkembang maju.
Dinasti Ming juga merupakan dinasti terakhir yang mengerjakan Tembok Besar China. Sedangkan tembok itu dibina pada masa-masa awal, kebanyakannya yang dilihat pada hari ini dibina atau diperbaiki oleh Dinasti Ming. Kerja-kerja bata dan granit diperbesar, dan menara-menara pengawal direka bentuk semula, dengan meriam-meriam ditempatkan pada sepanjang tembok tersebut.
Dinasti Qing
Dinasti Manchu menguatkuasakan 'perintah tocang' yang memaksa semua orang Han untuk mengamalkan tocang Manchu serta memakai pakaian gaya mereka. Masyarakat Manchu mempunyai gaya rambut yang istimewa. Mereka menggunting semua rambut di bahagian depan kepala dan menjadikan rambut di bahagian belakang kepala sebagai tocang yang panjang. Pakaian Cina tradisional, atau Hanfu, juga digantikan dengan pakaian gaya Manchu. Qipao (pakaian askar panji-panji) dan Tangzhuang yang biasanya dianggap sebagai pakaian tradisional Cina pada hari ini sebenarnya merupakan pakaian gaya Manchu. Hukuman ke atas sesiapa yang tidak mematuhi undang-undang itu ialah hukuman mati.
Maharaja Kangxi menitahkan penciptaan sebuah kamus askara Cina yang paling lengkap ketika itu. Di bawah Maharaja Qianlong, penyusunan sebuah katalog tentang karya-karya kebudayaan Cina dilakukan.
Dinasti Manchu memulakan sistem "Lapan Panji-panji" sebagai suatu percubaan untuk mengelakkan asimilasi ke dalam masyarakat Cina. "Lapan Panji-panji" itu merupakan institusi-institusi tentera yang ditubuhkan untuk memberikan sebuah struktur yang para "askar panji-panji" dapat mengaitkan diri. Keahlian kepada panji-panji tersebut berdasarkan kemahiran Manchu dalam bidang-bidang seperti memanah dan menunggang kuda, serta kehematan. Selain itu, mereka juga digalakkan menggunakan bahasa Manchu, berbanding dengan bahasa Cina. Para askar panji-panji diberikan hak istimewa ekonomi dan undang-undang di kota-kota Cina.
Pada separuh abad yang kemudian, kaum Manchu mengukuhkan kuasanya di sebilangan kawasan yang pada asalnya dikuasai oleh Dinasti Ming, termasuk Yunnan. Mereka juga memperluas lingkungan pengaruhnya ke atas Xinjiang, Tibet, dan Mongolia.
Semasa abad ke-19, kuasa Qing merosot. China mengalami persengketaan sosial secara besar-besaran, ekonomi yang tidak berkembang, serta penembusan dan pengaruh Barat. Keinginan Britain untuk meneruskan perdagangan candu dengan China bercanggah dengan edik-edik empayar yang mengharamkan dadah yang menagihkan itu, dan Perang Candu Pertama tercetus pada tahun 1840. Britain dan kuasa-kuasa Barat, termasuk Amerika Syarikat, kemudian menduduki "konsesi" secara paksaan dan memperoleh hak istimewa perdagangan. Hong Kong diserahkan kepada Britain pada tahun 1842 di bawah Perjanjian Nanking. Selain itu, Pemberontakan Taiping (1851–1864) dan Pemberontakan Petinju berlaku pada abad itu. Dari banyak segi, pemberontakan-pemberontakan dan perjanjian-perjanjian yang Dinasti Qing dipaksa mengikat dengan kuasa-kuasa imperialis merupakan gejala-gejala ketakupayaan kerajaan China untuk membalas dengan sempurna kepada keadaan-keadan yang mencabar China pada abad ke-19.
Zaman Moden
Kedua-dua Perang Candu yang tersebut di atas serta perdagangan candu membawa akibat yang amat merugikan kepada dinasti Qing dan penduduk-penduduk Cina. Perbendaharaan empayar Qing dua kali diisytiharkan muflis, akibat pembayaran ganti rugi yang dikenakan kerana perang-perang candu, serta aliran keluar logam perak yang banyak, akibat perdagangan candu (pada tahap berpuluh-puluh bilion auns). China mengalami dua kebuluran yang paling teruk tepat dua puluh tahun selepas setiap perang candu pada dekad 1860-an dan dekad 1880-an, dengan kerajaan Qing tidak berupaya untuk membantu penduduknya. Dari segi sosial, peristiwa-peristiwa ini mempunyai kesan yang besar kerana ia mencabar hegemoni yang dinikmati oleh orang-orang Cina di Asia selama berabad-abad. Oleh itu, negara China di dalam keadaan huru-hara.Pemberontakan Taiping, sebuah pemberontakan yang besar, membabitkan sekitar satu pertiga kawasan China yang dikuasai oleh Taiping Tianguo, gerakan agama kuasi-Kristian yang diketuai oleh Hong Xiuquan, "Raja dari Syurga". Hanya selepas empat belas tahun bahawa pemberontakan Taiping akhirnya dihancurkan ketika angkatan tentera Taiping dimusnahkan dalam Pertempuran Ketiga Nanking pada tahun 1864. Pada keseluruhannya, antara 20 - 50 juta orang dikorbankan, dan menyebabkan perang ini merupakan perang yang kedua paling mengorbankan nyawa dalam sejarah manusia.
Pegawai-pegawai Qing lambat menerima kemodenan dan berasa sangsi terhadap kemajuan-kemajuan sosial dan teknologi yang diperlihatkan mereka sebagai satu ancaman terhadap penguasaan mutlak mereka ke atas China. Sebagai contoh, serbuk letupan yang telah digunakan secara meluas oleh tentera-tentera Dinasti Song dan Dinasti Ming diharamkan oleh raja-raja Qing selepas mereka mengambil alih China. Oleh itu, Dinasti Qing tidak berupaya menangani pemasukan negara-negara Barat. Kuasa-kuasa barat ada masuk tangan secara ketenteraan untuk mengatasi keadaan huru-hara, seperti Pemberontakan Taiping serta Pemberontakan Petinju anti-imperialis. Jeneral Gordon, yang kemudian dibunuh dalam pengepungan Khartoum, Sudan, sering diberikan penghargaan kerana menyelamatkan Dinasti Qing daripada pemberontakan Taiping.
Menjelang dekad 1980-an, Dinasti Qing berjaya mematahkan pemberontakan Taiping pada kos dan pengorbanan nyawa yang amat tinggi. Ini menjejaskan kebolehpercayaan rejim Qing dan dianjurkan oleh para ketua dan ningrat provinsi tempatan, menyumbangkan kepada kebangkitan hulubalang-hulubalang di China. Dinasti Qing di bawah Maharaja Guangxu bermula untuk menangani masalah kemodenan melalui Gerakan Pengukuhan Diri. Bagaimanapun, antara tahun 1898 dan tahun 1908, Maharani Balu Cixi mempenjarakan reformis Guangxu atas tuduhan 'ketakupayaan mental'. Dengan bantuan puak konservatif, Cixi memulakan sebuah rampasan kuasa ketenteraan dan secara berkesan menghapuskan kuasa Maharaja yang muda, serta memulihkan kebanyakan reformasi yang lebih radikal. Maharaja tersebut mangkat sehari sebelum kematian Maharani Balu (sesetengah orang mempercayai bahawa Guangxu diracuni oleh Cixi). Amalan rasuah oleh para pegawai, kesinisan, serta pergaduhan-pergaduhan keluarga diraja mengakibatkan kebanyakan reformasi ketenteraan tidak berguna. Oleh itu, "Tentera Baru" kerajaan Qing ditewaskan dengan teruk dalam Perang China-Perancis (1883-1885) dan Perang China-Jepun (1894-1895).
Pada permulaan abad ke-20, Pemberontak Petinju mengancam China utara. Para pemberontak merupakan gerakan anti-imperialis konservatif yang cuba memulihkan China kepada cara-cara lama. Maharani Balu yang mungkin cuba memastikan pemegangan kuasanya, menyebelahi pihak petinju ketika mereka mara ke Beijing. Sebagai gerak balas, Perikatan Lapan Negara menyerang China. Perikatan itu yang terdiri daripada tentera British, Jepun, Rusia, Itali, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dan Austria, menewaskan petinju-petinju dan menuntut lebih banyak konsesi daripada kerajaan Qing.
Republik China
Satu peristiwa pada tahun 1919 yang tidak dikesan oleh negara-negara lain di seluruh dunia ialah penubuhan Gerakan 4 Mei yang membawa akibat jangka panjang kepada sejarah Cina pada sepanjang abad ke-20 yang tinggal. Gerakan ini bermula sebagai satu gerak balas terhadap keaiban yang dikenakan ke atas China oleh Perjanjian Versailles yang mengakhiri Perang Dunia I, tetapi kemudian menjadi sebuah gerakan bantahan terhadap keadaan di dalam negeri China. Kesangsian terhadap falsafah Barat yang liberal di kalangan intelektual Cina disusuli oleh penerimaan aliran fikiran yang lebih radikal. Ini pula menyemai bibit-bibit pertikaian yang tidak dapat diselesaikan antara sayap kiri dengan sayap kanan di China yang menguasai seluruh sejarah Cina pada baki abad itu.
Pada dekad 1920-an, Sun Yat-Sen mengasaskan sebuah pangkalan revolusi di China selatan, dan bermula untuk menyatukan sebuah negara yang berpecah-belah. Dengan bantuan Soviet, beliau menyertai sebuah perikatan dengan Parti Komunis China (CPC) yang baru. Selepas kematian Sun pada tahun 1925, akibat penyakit barah, Chiang Kai-shek, salah satu anak didik Sun, merampas kuasa Kuomintang (KMT; bahasa Cina untuk "Parti Nasionalis") dan berjaya menguasai kebanyakan kawasan selatan dan tengah China di bawah sebuah kempen ketenteraan yang dikenali sebagai Ekspedisi Utara. Selepas menewaskan hulubalang-hulubalang di China selatan dan tengah, Chiang dapat memperoleh kesetiaan daripada para hulubalang di utara, walaupun pada nama sahaja. Pada tahun 1927, Chiang memusuhi CPC dan mengejar angkatan tentera CPC serta ketua-ketuanya tanpa belas kasihan dari pangkalan-pangkalan mereka di China selatan dan timur. Pada tahun 1934, selepas dihalau dari pangkalan-pangkalan gunung mereka yang termasuk Republik Soviet Cina, angkatan tentera CPC memulakan Perarakan Panjang dan merentasi kawasan-kawasan China yang terpencil ke arah barat laut. Akhirnya, mereka mengasaskan sebuah pangkalan gerila di Yan'an di Provinsi Shanxi.
Semasa Perarakan Panjang, para ahli komunis disusun semula di bawah sebuah ketua baru, Mao Zedong (Mao Tse-tung). Perjuangan yang getir antara KMT dan CPC berterusan, baik secara terbuka mahupun secara sulit, pada sepanjang tempoh serangan Jepun yang berlangsung selama 14 tahun (1931-1945). Walaupun kedua-dua pihak membentuk barisan bersatu untuk menentang penyerang-penyerang Jepun pada tahun 1937 semasa bahagian Perang China-Jepun (1937-1945) dalam Perang Dunia II, barisan itu merupakan barisan pada nama sahaja. Perang antara kedua-dua pihak itu disambung semula selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945. Bagaimanapun menjelang 1949, CPC telah menguasai kebanyakan negara China (sila lihat: Perang Saudara Cina).
Chiang Kai-shek melarikan diri dengan saki-baki kerajaannya ke Taiwan pada tahun 1949, dan Parti Nasionalisnya menguasai pulau tersebut serta beberapa pulau yang berjiran sehingga pilihan raya demokrasi diadakan pada lewat dekad 1990-an. Sejak dari masa itu, status politik Taiwan sentiasa dipertikaikan.
0 komentar:
Posting Komentar